Wednesday 9 September 2015

3.PERIBAHASA

1.Daun nipah dikatakan daun labu
Salah faham disebabkan malas bertanya

2.Daun terap, bunyinya degah-degah , jatuh ke bawah sir katanya
Cakap saja besar

3.Dedalu api hinggap ke pohon kayu, hinggap di batang, mati batang, hinggap di ranting , ranting patah.
Orang jahat ke mana pergi dia menyusahkan orang baik

4.Daunnya jatuh melayang, buahnya jatuh ke pangkal juga
Yang berguna diambil, yang tidak berguna dibuang
















5.Dengan sesenduk madu dapat lebih banyak ditangkap serangga daripada dengan cuka sesenduk
Tutur kata yang baik lebih berkesan untuk mendapatkan sahabat daripada muka yang masam

6.Dekat tidak tercapai, jauh tidak berantara
Tidak mendapat apa yang diingini

7.Dengar bunyi guruh di langit , air tempayang dicurahkan
Membuang apa yang ada kerana mengharapkan apa yang belum pasti

8.Dengar cakap enggang makan buah beluluk ; dengar cakap orang terjun masuk lubuk
Jangan suka dengar cakap orang sahaja



9.Katak di bawah tempurung
Orang yang kecil ilmu pengetahuannya

10.Alim bagai katak tepi air
Orang yang kaya ilmu tetapi tidak mendapat faedah daripada ilmunya




No comments:

Post a Comment